Sempena cuti hari Buruh 1 Mei, ramailah adik-beradik dan ipar-duai yang balik ke kampung gotong-royong membersihkan kebun pokok naga. Bukan apa, masing-masing teruja apabila diberitahu bahawa pokok di kebun telah mula mengeluarkan bunga. Masing-masing nak lihat bunga di kebun sendiri. Ramai yang balik cam Mak Dik sekeluarga, Mak Ndah sekeluarga, Mak Chik sekeluarga siap dengan menantu sekali, Pak Hadi sekeluarga, Mak Lang Pedas dan Nasir pun singgah semasa dalam perjalanan ke Melaka hantar kereta. Sempat juga tabur satu dua baldi baja kat pokok tu. Semua yang balik telah bergotong-royong membersih dan membaja pokok-pokok. Sukanya hati pepokok tu ... ramai yang menziahari dia, elok ke cam tu?
Hah ... percaya ke tidak, pokok-pokok di kebun Ayahman telah mula mengeluarkan bunga ketika umur baru empat bulan. tapi Ayahman tak mengharap sangat bunga pertama ni kerana kalau dilihat macam tak normal jer pertumbuhannya. Lihat dan saksikanlah serta berikan komen-komen.