Alhamdulillah, Fasa I telah mula menampakkan hasilnya. Telah banyak pokok-pokok yang mula mengeluarkan bunga. Barangkali selepas ini pengeluaran bunga ini akan disambung pula dengan penghasilan buah-buahnya.
Namun begitu perancangan untuk memperluaskan ke fasa II sedang diusahakan. Baki tanah yang telah disediakan dengan batas-batas terdahulu diterangkan kembali. Hanga menunggu saat dan ketika untuk PPN Negeri Sembilan untuk membajak halus (rotor) batas-batas berkenaan. Akhirnya nanti sebanyak 270 batang tiang akan ditanam dan diikuti dengan 1080 anak pokok. Insyaallah projek penanaman ini akan dilaksanakan disepanjang bulan Jun ini.